JAGUNG ROMBAU SODAP JANG...RASO SEKALI ONDAK LA III

20090429

MURAH FRESH MART





YANG BAJU HITAM TU BUKAN BANGLA,ITU DAK ANIS NAMANYA ANAK BUAH DEN MANDUR SEGALA MANDUR,BOROI TAPI HENSEM....


Murah Fresh Mart adalah salah satu saluran pemasaran kami.Ia juga adalah sebagai pusat pengumpulan hasil dari 4 ladang kami dan membantu memasarkan hasil petani petani yang sukar mendapat pasaran.Kami yakin dan percaya bahawa peniagaan mengeluar dan menjual produk makanan akan dapat bertahan walaupaun dalam kegawatan ekonomi masa kini.Walau apa keadaan sekalipun,waima berperang sekali pun semua orang perlu makanan,jadi kita harus berada dalam sektor ini kerana ianya satu peniagaan yang tak kan mati,walau pun ramai orang mati yang pasti labu tetap akan terjual.Menyediakan bekalan makanan kepada orang islam adalah fardu kifayah.Fikirkanlah siapakah yang membekalkan makanan kita selama ini islam ke tidak bak kata nabil lu pikir lah sendiri....wassalam.

INSENTIF HASIL PERTANIAN.




Jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi insentif hasil pertanian.Walaupun hanya Rm.81.00/tan bagi sayur-sayuran tetapi ianya memberi makna yang amat besar kepada petani.Skim ini amat adil kerana ianya di bayar mengikut pengeluaran hasil pertanian,petani yang benar benar mengkomersilkan sektor ini akan mendapat habuannya.
Kalau dulu subsidi input yang diberi kerajaan kepada petani lebih banyak di bazirkan,disimpan dibawah rumah tanpa memberi produktiviti yang sepatutnya.Petani hari ini haruslah bijak mengambil peluang ini dan menetapkan sasaran pengeluaran yang tinggi supaya lebih banyak insentif dalam bentuk tunai ini dapat dituntut kepada kerajaan.Sasaran pengeluran sayur sayuran kami kini adalah sebanyak 5 tan/sehari atau sekurang kurangnya 100 tan/bulan ,jadi kami akan dapat pendapatan tambahan sebanyak sekurang kurangnya Rm.8100/bulan.Sayur sayuran yang berat seperti timun,labu,kacang panjang dan serai adalah menjadi pilihan utama kami.
Terima kasih kepada jabatan Pertanian Rembau atas bantuan yang diberi.

MAHA



ABANG YANG HENSEM TU NAMANYA AFZAL, JAGUNG DIA SODAP....


Ladang Serai Gajah.






Serai gajah berpontensi untuk diproses sebagai serbok kerana kandungan serat yang tinggi,berat dan menguntungkan.