JAGUNG ROMBAU SODAP JANG...RASO SEKALI ONDAK LA III

20101210

Lawatan YB ADUN KOTA












Lawatan Adun KOTA bersama Pegawai Daerah
Rembau dan peserta PPRT.

Musim menuai




Petola hasilnya sekitar 500 kg/hari dan kacang
panjang 200kg/hari.





Tuaian timun kali ini agak baik pada hari ke 10
telah mencapai 2 tan sehari .


20101119

Update Timun /Petola








Timun plot baru dah mula menjalar dan bunga
jantan dah mula terbentuk, petola dah tuai 2
minggu


20101108

Plot Timun Baru

















Ada dua plot timun di projek baru ni jumlah
pokok lebih kurang 10,000.Di jangka tuai pada
25.11.10.Jenisnya Timun Susu 118.Anggaran
hasil 30 tan.Harapan kita semoga harganya
masih seperti sekarang ni 1.5o-1.80/kg...Aminnnn



TIMUN / PETOLA










Petola dan timun ni di kebun Kg Rendah. Harga
sayur sekarang ni agak baik terkini Timun 2.00
Petola 2.50,ini mungkin disebabkan bekalan yg.
berkurangan akibat banjir dan sayur dari siam
tak masuk.Saya menjangkaan harga sayur akan
terus stabil hingga desember ni sekiranya keadaan
cuaca berterusan begini.



PARA PUKAT









Jaring ni sya beli dari pembekal yg. nak cuba bawak masuk dari Thailand
tapi dia baru bawak dua ikat saja.Satu ikat ada 10 helai saya ambik satu dan
seorang petani cina ambik satu.Kami tak pernah guna pun barang ni dan pembekal
tu suruh kami cuba dulu kalau praktikal dan jimat kos dia bercadang nak bawak masuk
banyaklah.Plot ni lebih kurang 0.4 ekar je boleh masuk 2000 pokok timun.
Agak leceh gak nak pasang jaring ni tapi dah siap nampak kemas dan jimat
tali lagi sebulan lagi barulah kita tahu hasilnya dan kos.Sebelum ni saya ada lihat
Jabatan Pertanian buat petak demo di Kg Senama dan nampaknya tak berapa
bejaya dan serabut.Sya memang dah lama nak cuba tapi tak dapat bekalan jaring ni
dan saya rasa ianya boleh berjaya kalau kita betul betul pasang dan adunkan dengan sedikit
keretiviti.Jaring yg. digunakan oleh jabatan agak kasar hijau, yg ni halus dan putih.
Tak sabar rasanya nak tanam ni,nak tengok apa kebaikan dan kelemahannya.
Bersebelahan plot ni sya sedang pasang kayu para dan merancang nak gunakan jaring
yg.Jabatan buat demo tu pasal saya tengok terbiar dan tak digunakan tapi rekabentuknya
sya akan buat lain sikit dari yg ni.

20101013

PROJEK BARU







Kerja-kerja membina para dan menabur baja
organik sedang dijalan kan dan dijangka menyemai
benih pada 18/10/10 dan dituai pada 23/11/10



PROJEK BARU











Projek baru ni lebih kurang 10 ekar je,bersebelahan projek
sedia ada di Kg. Titian Akar.Banyak kerja dan belanja kena
buat,jalan ladang,perparitan,culvert je 25 biji,sistem pengairan,
kerja tanah,perataan,para dan macam macam gi lah.Kos untuk
memajukan kawasan baru menjangkau + - Rm.10,000.00/Ekar.
Kawasan baru ni akan ditanam jagung 5 ekar dan sayuran berpara
5 ekar.Dua Para telah dah ditempah oleh pelabor dan masih ada
satu para lagi yang belum berpunya kalau ada yang berminat bolehlah
datang meminang.


20101012

PROJEK BARU
















CILI YONG PENG











Cili ni kita tanam untuk ujikaji sahaja pasal sebelum ni
tak pernah tanam,plot ini ada lebih kurang 3000 pokok
aje.Pada awalnya kita nak tanam cili kulai tapi kita nak
cuba yang lain,cili ni namanya cili Yong Peng. Dari pemerhatian
nampaknya jenis ni ok gak hasilnya.Kalau dipetik 3 hari sekali
kita dapat sekitar 100 kg, kalau dipetik setiap hari kita dapat
30-40kg.Penjagaan cili agak lebih sedikit,pembajaan dan meracun
mengikut jadual akan memberikan hasil yang baik.Dari ujikaji ini kami
rasa yakin untuk menanam dengan skala yang lebih besar lagi.Kerja
tanah sedang dijalankan di kg Titian akar untuk tanaman cili ini
Sebanyak 4 plot berjumlah 20,000 pokok telah disemai.


20100712

TIMUN












Plot timun ni 1.3 ekar je,bilangan pokok lebih
kurang 6500 pokok.Hasil pertama di tuai pada 26.6.10
sehingga semalam 15 tan telah di tuai dan dijangkaan
antara 25-30 tan akan dituai sehingga akhir hayat pokok
ni jika diizinkan tuhan.Pokok kali ni sangat subur dan banyak
sulur sampai kami tak terlayan ini mungkin disebabkan kaedah
baru yang kami cuba.Ramai yang mengatakan saya pelik kerana
membaja sebelum menanam,alhamdulilah hasilnya pun pelik,
lebih dari biasa.Saya nasihatkan kepada petani jangan berhenti
berfikir dan carilah kaedah yang boleh menguntungkan kita dan
jangan tunggu MARDI buat kajian untuk kita kerana masa itu
sangat berharga bagi petani.