JAGUNG ROMBAU SODAP JANG...RASO SEKALI ONDAK LA III

20111219

Kambas @ Peria Besar



Buah kambas kali ni nampak lain macam ,besar dan mulus dan harga pun boleh tahan RM 4.00/kg.
Dijangkan pengeluaran akan mencecah 500-1000 kg/sehari dalam seminggu lagi ,sekarang ni dah ada 200kg sehari harap harap harganya kekal cam tulah...shukur alhamdulilah...aminnn...

20111122

Pakej Rakan Niaga Jagung Rembau


Set Lengkap Pakej untuk memulakan perniagaan. Harga keseluruhan pakej hanya RM 2000. Pakej termasuk kiosk mudah alih, steamer (samada elektrik atau gas), jagung lerai, bunting, t-shirt, belon, dan lain2 peralatan.   Pada yang berminat hubungi ‎ 0126351617.


Majlis Perkahwinan Musim Cuti Sekolah 2011





Majlis Perkahwinan di Selayang dan Port Dickson. Selamat Pengantin Baru. Kepada bakal-bakal pengantin boleh la membuat tempahan. Kami akan menghidangkan jagung panas di majlis anda.

20111018

Majlis Perkahwinan bermenukan Jagung Rembau.






Ini majlis perkahwinan di Bukit Rambai Melaka,pada asalnya budget 500 cup tapi oleh kerana sambutan yang begitu panas terhadap Jagung Rembau ni tuan rumah dan Pengurus Kawasan Melaka En.Zul telah menjadikannya 800 cup, punyalah panjang beratur tetamu kita, Alhamdulilah atas kecekapan En Zul semuanya beres... semua tetamu dapat merasa kelazatan Jagung Rembau. Kepada Pasangan Pengantin kami diucapkan ribuan terima kasih atas pose yang sporting , semoga kekal ke anak cucu. Kepada bakal pengantin boleh lah oder Jangung Rembau sebagai menu majlis anda, tukarlah pulak asik tapai,bahulu,cendol je..cubalah Jagung Rembau makanan yg.berkhasiat. Kami ada menyediakan cup yg. ekonomi 4 oz. 500 cup-RM .1.20/cup. 1000 cup-RM .1.00/cup. 3000 cup-RM 0.80 /cup.

20111010

PAKEJ RAKAN NIAGA JAGUNG REMBAU.


Peluang peniagaan yang sangat menguntungkan dan bermodal
kecil.Kami akan memberi khidmat tunjuk ajar bagaimana
menjalankan perniagaan ini secara percuma.Keuntungan sehingga
110 %,pasaran sangat luas dan sesuai untuk semua peringkat umur,
makanan yg. sangat berkhasiat dan halal.

20111009

LAWATAN CEO INSTITUT SKILL-TECK MELAKA















Lawatan CEO Skill - Teck ke Agro Bazaar dan
ladang untuk melihat dan bertemu dengan
pelajar On Job Training disini.

LAWATAN PELAJAR KOLEJ PERTANIAN KUALA LIPIS













Lawatan pelajar Kolej Pertanian Kuala Lipis

ke Kilang Memproses Jagung Rembau dan

Ladang Kundur.




PLOT TIMUN









Salam, Plot timun ni di ladang Kundur,jumlah pokok yang ditanam
lebih kurang 40,000 pokok dan dijangka menuai pada 24hb.okt. dan
jangkaan tuaian musim ni sekitar 70 tan jika di izin Allah.

20110115

Menuai Jagung










Lamanya tak menuai jagung .
Kaedah tanama kali ni lansung tak ikut buku
kalau orang mardi tengok ni mesti dio org. pening.
Jarak tanaman 1'x2',selubang 2 biji benih tak perlu
buang biar hidup keduanya sampai berbuah dan
sebatang biarkan aje buahnya berapa pun nak
jadi ,ada 2 ada 3 buah.Tak perlu susah susah nak
buat penjarangan dan buang baby corn.Hasilnya
boleh tahan juga,tak salah rasanya berfikir luar
dari kebiasaan kan ,cubalah baru kita tau kan...
asal boleh untung jalan.....buku lama tu kita simpan
dalam muzium je.Musim akan datang kita nak cuba
tak gunakan baja taik ayam pulak pasal taik ayam
makin mahal sekarang.