JAGUNG ROMBAU SODAP JANG...RASO SEKALI ONDAK LA III

20090508

TANAM DUIT JADI DUIT DUIT DUIT

Dalam masa dunia mengalami kemelesetan yang agak parah ketika ini apakah pilihan yang ada untuk kita laburkan duit kita atau apakah peniagaan yang masih boleh bertahan dan memberi keuntungan yang berpanjangan. Jawapannya adalah makanan. Semua jenis makanan yang akan kita makan dari bayi lagi hinggalah kita mati adalah dari tanaman yang tumbuh dan dipelihara di muka bumi ini. Saya amat yakin dan percaya sektor pertanian ini adalah nadi bagi segala sektor. Tanpanya makanan kita tidak akan wujud dan segala sektor tidak akan dapat dijalankan.

Setelah bertahun tahun terjun dalam industri ini kami telah pun dapat memahami selok beloknya dan tidak hairanlah mengapa petani-petani kaum asing memenopolinya kerana ianya memberi pulangan yang baik. Pengeluran yang berterusan dan kuantiti yang besar adalah kunci kepada keuntungan indusri ini.Kawalan pasaran adalah amat penting bagi memastikan kesinambungan jualan hasil kita. Ladang kita ibarat sebuah kilang yang menjadi pengeluar makanan berterusan dan semakin bertambah hari demi hari mengikut pertambahan penduduk negara ini. Sekiranya industri ini gagal tidak mustahil satu hari nanti kita akan kebuluran. Kesimpulannya jika kita ada sedikit modal atau duit tanamlah kerana ianya akan tumbuh, berdahan, berpucuk, berbunga dan berbuah dengan izin allah. Sekiranya anda kurang arif kami bersedia uruskan dan memastikan buahnya dapat kita makan bersama. wallahualam...wasalam

No comments: