"Klien kita adalah rakyat,secara khususnya golongan sasar kita adalah petani, penternak dan nelayan.Kalau fokus terhadap memaksimumkan pendapatan sektor pertanian,sudah tentunya golongan sasar ini tidak boleh kita pinggirkan.Malang sekali hakikatnya golongan ini iaitu para petani,penternak,peladang dan nelayan masih jauh ketinggalan dari segi pendapatan.Pelbagai masalah yang tampak remeh tapi merupakan perkara-perkara asas terpaksa dihadapi sehingga menghalang mereka daripada berjaya seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.Ini adalah realiti kesukaran hidup para petani kita yang sepatutnya tidak lagi dialami pada abad ke-21 ini."
Saya yakin dan percaya Dato Noh Omar akan menjadi kekuatan kepada petani petani bagi meneruskan industri yang kritikal ini.Warga petani mempunyai tugas yang amat berat dalam menyediakan bekalan makanan kepada penduduk malaysia dan dunia .Dengan sokongan kerajaan dan komitmen semua pihak ianya tidak mustahil boleh dijayakan.Kita hendak lihat petani di Malaysia ini setanding dengan petani di barat.Kalau di barat petani adalah golongan yang amat disegani ,kaya raya,mempunyai ribuan hektar ladang,banglo tersergam di tengah ladang dan pengurusan ladang yang sistemetik,makenisasi yang canggih sehingga membaja pun mengunakan kapalterbang.Petani di negara kita ini haruslah mempunyai pemikiran yang global dan tidak terkongkong.Mentaliti subsidi haruslah dikawal,sikap menunggu bantuan sampai baru nak bergerak adalah antara punca kegagalan industri ini.Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai keluarga yang amat besar ,berkemungkinan besar juga ada diantaranya yang kurang praktikal atau pun tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.Kalau kita lihat dan teliti susun atur jabatannya amat cantik sekali akan tetapi jika dilihat kepada pelaksanaanya mungkin tidak secantik gambarnya.Harapan kami warga petani kepada yang berbahagi Dato amat tinggi sekali,segala program yang akan dirancang dan dilaksanakan haruslah menepati keperluan kami dan bukannya syok sendiri.Impaknya haruslah terus kepada petani,pembuat dasar haruslah turun kepada petani melihat sendiri permasaalahan sebenar.Dasar mestilah diolah diladang,bendang,kebun,kilang dan laut bukan di bilik sejuk.Ribuan terimakasih atas pemberian insentif pengeluaran hasil oleh Kementerian kerana ianya benar benar membantu petani.Petani yang mengeluarkan hasil yang tinggi akan mendapat insentif yang banyak dan ini membantu meningkatkan produktiviti kami.Peluang ini haruslah direbut segera lebih lebih lagi kaum bumiputra. Kalau dilihat kepada bayaran yang di buat setiap bulan kita masih ketinggalan jika dibanding dengan petani kaum lain.Kerajaan telah menyediakan segala kemudahan terpulanglah kepada kita untuk menentukanya samaada mahu lena terus atau berjuang meningkatkan taraf hidup kita.Nasib kita tak kan berubah jika kita sendiri yang tidak mahu berubah.BERANI BERUBAH......Wassalam.
No comments:
Post a Comment