JAGUNG ROMBAU SODAP JANG...RASO SEKALI ONDAK LA III

20101012

PROJEK BARU
















CILI YONG PENG











Cili ni kita tanam untuk ujikaji sahaja pasal sebelum ni
tak pernah tanam,plot ini ada lebih kurang 3000 pokok
aje.Pada awalnya kita nak tanam cili kulai tapi kita nak
cuba yang lain,cili ni namanya cili Yong Peng. Dari pemerhatian
nampaknya jenis ni ok gak hasilnya.Kalau dipetik 3 hari sekali
kita dapat sekitar 100 kg, kalau dipetik setiap hari kita dapat
30-40kg.Penjagaan cili agak lebih sedikit,pembajaan dan meracun
mengikut jadual akan memberikan hasil yang baik.Dari ujikaji ini kami
rasa yakin untuk menanam dengan skala yang lebih besar lagi.Kerja
tanah sedang dijalankan di kg Titian akar untuk tanaman cili ini
Sebanyak 4 plot berjumlah 20,000 pokok telah disemai.


20100712

TIMUN












Plot timun ni 1.3 ekar je,bilangan pokok lebih
kurang 6500 pokok.Hasil pertama di tuai pada 26.6.10
sehingga semalam 15 tan telah di tuai dan dijangkaan
antara 25-30 tan akan dituai sehingga akhir hayat pokok
ni jika diizinkan tuhan.Pokok kali ni sangat subur dan banyak
sulur sampai kami tak terlayan ini mungkin disebabkan kaedah
baru yang kami cuba.Ramai yang mengatakan saya pelik kerana
membaja sebelum menanam,alhamdulilah hasilnya pun pelik,
lebih dari biasa.Saya nasihatkan kepada petani jangan berhenti
berfikir dan carilah kaedah yang boleh menguntungkan kita dan
jangan tunggu MARDI buat kajian untuk kita kerana masa itu
sangat berharga bagi petani.

20100630

BUNCIS










Plot Buncis ni lebih kurang 0.9 ekar je ada 1800 pokok
dah mengeluarkan hasil 15 hari ,sehari antara 100-200 kg,
Pembungkusan mengunakan kotak lebih menarik dan mendapat
harga yg. lebih baik.Harga semasa antara 4.00-5.00 /kg.
Kami ada lagi satu plot di Kg.Titian Akar yg sedang berbunga dan dijangka
dituai pada 15.7.10 keluasan 1.2 ekar.Pokok plot baru ni lebih rimbun dan subur.
Saya menjangkakan hasil akan dituai antara 300-400 kg/hari dan semoga harganya naik lagi ,kalau dapat macam bulan disember lalu antara 5.00-6.00
Aminnnnnn .....



20100627

KACANG PANJANG








Kacang Panjang ni jenis 323 buahnya banyak
tapi tak sepanjang 327.Harga pasaran ketika ni antara 2.50 -3.00 sekg.


20100625

KAMBAS@PERIA BESAR










Salam, tanaman kambas kali ke 2 ni agak baik setelah gagal kali 1 dulu,
pokoknya subur dan banyak cabang,buahnya pun banyak dan saiznya
besar 600gm minima dan 950 gm maxima da saiz ni amat disukai oleh
pelangan cina.Warnanya terang ,gebu dan mulus.




20100529

Bendi,Kacang Panjang & Buncis








Kebun Kg.Rendah ni kita tanam kacang panjang,buncis,bendi,kambas,timun dan cili.Dijangkakan dituai bulan depan dan kali ni hasilnya mungkin sekitar 3 tan sehari bagi semua tanaman ni.Bila dah menuai nanti saya post kan gambarnya....