JAGUNG ROMBAU SODAP JANG...RASO SEKALI ONDAK LA III

20101012

CILI YONG PENG











Cili ni kita tanam untuk ujikaji sahaja pasal sebelum ni
tak pernah tanam,plot ini ada lebih kurang 3000 pokok
aje.Pada awalnya kita nak tanam cili kulai tapi kita nak
cuba yang lain,cili ni namanya cili Yong Peng. Dari pemerhatian
nampaknya jenis ni ok gak hasilnya.Kalau dipetik 3 hari sekali
kita dapat sekitar 100 kg, kalau dipetik setiap hari kita dapat
30-40kg.Penjagaan cili agak lebih sedikit,pembajaan dan meracun
mengikut jadual akan memberikan hasil yang baik.Dari ujikaji ini kami
rasa yakin untuk menanam dengan skala yang lebih besar lagi.Kerja
tanah sedang dijalankan di kg Titian akar untuk tanaman cili ini
Sebanyak 4 plot berjumlah 20,000 pokok telah disemai.


No comments: