Jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi insentif hasil pertanian.Walaupun hanya Rm.81.00/tan bagi sayur-sayuran tetapi ianya memberi makna yang amat besar kepada petani.Skim ini amat adil kerana ianya di bayar mengikut pengeluaran hasil pertanian,petani yang benar benar mengkomersilkan sektor ini akan mendapat habuannya.
Kalau dulu subsidi input yang diberi kerajaan kepada petani lebih banyak di bazirkan,disimpan dibawah rumah tanpa memberi produktiviti yang sepatutnya.Petani hari ini haruslah bijak mengambil peluang ini dan menetapkan sasaran pengeluaran yang tinggi supaya lebih banyak insentif dalam bentuk tunai ini dapat dituntut kepada kerajaan.Sasaran pengeluran sayur sayuran kami kini adalah sebanyak 5 tan/sehari atau sekurang kurangnya 100 tan/bulan ,jadi kami akan dapat pendapatan tambahan sebanyak sekurang kurangnya Rm.8100/bulan.Sayur sayuran yang berat seperti timun,labu,kacang panjang dan serai adalah menjadi pilihan utama kami.
Terima kasih kepada jabatan Pertanian Rembau atas bantuan yang diberi.
No comments:
Post a Comment