20100305
Para Dua Sistem Pengairan.
Musim panas yang melampau mencetuskan idea bagaimana nak bagi timun cukup air jadi kami buat satu lagi sistem pengairan titis walaupun kita dah ada springkler.Para ni adalah para yang yang ke 16 dan paling bongsulah.Kita gunakan kayu resak keseluruhannya, kosnya lebih kurang Rm 10,000.00 dan keluasannya satu ekar lebih sikit je.Sepatutnya kita tanam lepas seminggu dari para 14 dan 15 tapi tak sempat nak kejar masa jadi kita tanam jarak 4 minggu dari para sebelah.Sebenarnya ini amat tidak digalakan kerana penyakit akan dipindahkan ketimun yang baru jika jarak masa tanaman ini jauh sangat.Apa pun semuanya tergantung kepada yang maha kuasa berdoa je lah.Kalau ada rezeki inshaallah....sama samalah kita nanti apakah akan terjadi ya....
20100216
Timun Kg.Rendah
Tunggguuuuu.... post akan datang dan doakan kejayaanya....
Harga Timun diladang sangat baik sekarang kerana sambutan tahun baru cina dan keadaan cuaca panas yg. melampau,banyak tanaman kurang menjadi.
Hari ini adalah hari ke 4 menuai, hasil amat memuaskan
sebanyak 600kg telah dituai dan kami mengangarkan tuaian kali ini akan
Kacang Panjang
20091205
Timun
Plot timun ni ada 6000 pokok je.Musim hujan ni agak mencabar sikit pasal pertumbuhan anak timun akan terjejas.Kami terpaksa mengunakan lebih EM dan racun kulat untuk memastikan pokok ini sihat.Ph tanah juga hendaklah selalu di uji kerana tanah bekas sawah ph nya selalu berubah ubah lebih lebih lagi pada musim hujan ini.Kalau semuanya berjalan seperti dirancang kita akan tuaian pertama pada 14.12.09 dan jangkaan hasil 1000 kg sehari.
20091122
Dah berbunga...alhamdulillah......
Kalau diizin tuhan lagi 7 hari kita akan dapat tuaian pertama dalam 20-30 kg dan akan meningkat pada hari ke10 tuaian 100 -200 kg.Kacang buncis boleh di tuai 45 hari selepas disemai dan akan mengeluarkan hasil selama 45 hari-60hari.Harga semasa ketika ini Rm.6.50 sekg dan dijangka naik lagi kerana musim hujan.
Subscribe to:
Posts (Atom)