JAGUNG ROMBAU SODAP JANG...RASO SEKALI ONDAK LA III

20100630

BUNCIS










Plot Buncis ni lebih kurang 0.9 ekar je ada 1800 pokok
dah mengeluarkan hasil 15 hari ,sehari antara 100-200 kg,
Pembungkusan mengunakan kotak lebih menarik dan mendapat
harga yg. lebih baik.Harga semasa antara 4.00-5.00 /kg.
Kami ada lagi satu plot di Kg.Titian Akar yg sedang berbunga dan dijangka
dituai pada 15.7.10 keluasan 1.2 ekar.Pokok plot baru ni lebih rimbun dan subur.
Saya menjangkakan hasil akan dituai antara 300-400 kg/hari dan semoga harganya naik lagi ,kalau dapat macam bulan disember lalu antara 5.00-6.00
Aminnnnnn .....



20100627

KACANG PANJANG








Kacang Panjang ni jenis 323 buahnya banyak
tapi tak sepanjang 327.Harga pasaran ketika ni antara 2.50 -3.00 sekg.


20100625

KAMBAS@PERIA BESAR










Salam, tanaman kambas kali ke 2 ni agak baik setelah gagal kali 1 dulu,
pokoknya subur dan banyak cabang,buahnya pun banyak dan saiznya
besar 600gm minima dan 950 gm maxima da saiz ni amat disukai oleh
pelangan cina.Warnanya terang ,gebu dan mulus.




20100529

Bendi,Kacang Panjang & Buncis








Kebun Kg.Rendah ni kita tanam kacang panjang,buncis,bendi,kambas,timun dan cili.Dijangkakan dituai bulan depan dan kali ni hasilnya mungkin sekitar 3 tan sehari bagi semua tanaman ni.Bila dah menuai nanti saya post kan gambarnya....


Segerombolan JP










Lawatan Segerombolan JP baru posting bersama pegawai dari putra jaya,mereka tuai,timbang dan kira sayur setiap batas dan rekodkan.
Semoga kau orang jadi JP yang baik...Aminnnnnnnnn



Kelisa









Hujan dan hilang kawalan...nasib baik anak buah den selamat.
Hati hati dijalan Raya.....

Petola & Timun













Salam ...lama sangat tak update blog ni sibok sangat sampai tak cukup hari...
Apa pun semuanya berjalan dengan baik...petola ngan timun ni dah habis di tuai tapi gambarnya baru nak post.Pengeluaran petola sangat baik kita tanam hanya 2000 pokok je hasil yang di tuai lebih kurang 500 kg sehari harga pasaran ketika itu 1.20 - 1.40.Buahnya banyak sangat sampai hari ke 20 paranya jatuh mungkin berat sangat dan musim hujan.Timun musim ni pun baik juga lebih kurang 30 tan dapat di tuai jumlah pokok 10500 batang.Kita dapat tuai timun kali ini 38 hari dan harganya ketika itu amat baik 1.40 -1.80 sekg.Tapi sekarang harga timun tak baik sangat 0.80 -1.00 je saya jangka harga timun akan naik dalam minggu depan pasal cuti sekolah.