20100625
20100529
Petola & Timun
Apa pun semuanya berjalan dengan baik...petola ngan timun ni dah habis di tuai tapi gambarnya baru nak post.Pengeluaran petola sangat baik kita tanam hanya 2000 pokok je hasil yang di tuai lebih kurang 500 kg sehari harga pasaran ketika itu 1.20 - 1.40.Buahnya banyak sangat sampai hari ke 20 paranya jatuh mungkin berat sangat dan musim hujan.Timun musim ni pun baik juga lebih kurang 30 tan dapat di tuai jumlah pokok 10500 batang.Kita dapat tuai timun kali ini 38 hari dan harganya ketika itu amat baik 1.40 -1.80 sekg.Tapi sekarang harga timun tak baik sangat 0.80 -1.00 je saya jangka harga timun akan naik dalam minggu depan pasal cuti sekolah.
20100305
Para Dua Sistem Pengairan.
Musim panas yang melampau mencetuskan idea bagaimana nak bagi timun cukup air jadi kami buat satu lagi sistem pengairan titis walaupun kita dah ada springkler.Para ni adalah para yang yang ke 16 dan paling bongsulah.Kita gunakan kayu resak keseluruhannya, kosnya lebih kurang Rm 10,000.00 dan keluasannya satu ekar lebih sikit je.Sepatutnya kita tanam lepas seminggu dari para 14 dan 15 tapi tak sempat nak kejar masa jadi kita tanam jarak 4 minggu dari para sebelah.Sebenarnya ini amat tidak digalakan kerana penyakit akan dipindahkan ketimun yang baru jika jarak masa tanaman ini jauh sangat.Apa pun semuanya tergantung kepada yang maha kuasa berdoa je lah.Kalau ada rezeki inshaallah....sama samalah kita nanti apakah akan terjadi ya....
Subscribe to:
Posts (Atom)
