JAGUNG ROMBAU SODAP JANG...RASO SEKALI ONDAK LA III

20110115

Menuai Jagung










Lamanya tak menuai jagung .
Kaedah tanama kali ni lansung tak ikut buku
kalau orang mardi tengok ni mesti dio org. pening.
Jarak tanaman 1'x2',selubang 2 biji benih tak perlu
buang biar hidup keduanya sampai berbuah dan
sebatang biarkan aje buahnya berapa pun nak
jadi ,ada 2 ada 3 buah.Tak perlu susah susah nak
buat penjarangan dan buang baby corn.Hasilnya
boleh tahan juga,tak salah rasanya berfikir luar
dari kebiasaan kan ,cubalah baru kita tau kan...
asal boleh untung jalan.....buku lama tu kita simpan
dalam muzium je.Musim akan datang kita nak cuba
tak gunakan baja taik ayam pulak pasal taik ayam
makin mahal sekarang.



20110111

JAGUNG MANIS









Lama juga. saya tak menanam jagung manis ni,
Vareti yg. ditanam 969 ,sesuai untuk jagung
lerai'cup corn'.Plot ni tak besar seperti yg kita
tanam dulu tu,hanya 5 ekar je kalau dulu kita
tanam 20-30 ekar. Untuk tanaman yg akan datang
kita akan tanam 15 ekar dan akan ditambah dari
masa ke semasa ,Inshaallah kita akan membuka
kilang memproses jangung dalam tahun ini untuk
mendapat nilai tambah yg. lebih baik.Jagung juga
telah diistiharkan sebagi SDSI daerah Rembau dan
kita adalah salah satu syarikat yg. akan menerajui
industri ini di rembau.Perancangan pada tahun ni
kita akan menaman 50 ekar jagung manis.